26 Ogos 1999 Pengisytiharan Institut Teknologi Mara (ITM) Ke Universiti Teknologi Mara (UiTM)

TARIKH 26 OGOS 1999 SENTIASA TERPAHAT DI HATI WARGA UiTM
 
Tarikh keramat pada 26 Ogos 1999, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pengisytiharan Institut Teknologi MARA kepada Universiti Teknologi MARA dalam Perhimpunan Perdana Siswazah Institut Teknologi MARA bersama Perdana Menteri yang telah dihadiri lebih daripada 15,000 orang pelajar, staf dan alumni di Stadium Melawati, Shah Alam. Pengisytiharan ini adalah satu pengiktirafan yang terlalu bernilai dan satu perjuangan yang telah lama tertangguh sejak tahun 1974 lagi.