Memori Korporat Bil.143/2024 : Pelancaran Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) perkembangkan peranan Pusat Pendidikan Islam UiTM
Pusat Pemikiran dan Kefahaman lslam (CITU) yang dirasmikan oleh Naib Canselor Y. Bhg. Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah pada 13 Januari 2004 bersamaan 20 Zulkaedah 1424H akan membantu peranan Pusat Pendidikan Islam (PPI) UiTM menjadi platform dalam memantapkan lagi kesarjanaan dan ketamadunan Islam di peringkat Universiti ini hingga ke peringkat nasional dan juga antarabangsa.
YBhg. Dato' Seri Naib Canselor yakin cita-cita ini akan dapat direalisasikan dengan adanya permuafakatan yang jitu dari semua pihak. Perasmian CITU berlangsung di INTEKMA Resort and Convention Centre, Shah Alam.
Koleksi Memori Korporat UiTM (2016-2024) diterbitkan oleh Bahagian Arkib Universiti (BARU) secara bulanan bagi mempromosi koleksi arkib universiti dikalangan warga UiTM dan penyelidik luar.
Maklumat lanjut sila hubungi:
Chat with Archivist@BARU :
Pegawai Rujukan : Mohd Alfarabie bin Mohd Nasir
Pustakawan Kanan
Ketua Unit Perkhidmatan Arkib
Bahagian Arkib Universiti UiTM Shah Alam
Talian Pejabat : 03-5544 3173