Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Dasar Pengurusan Rekod UiTM

Dasar ini terpakai bagi pengurusan rekod konvensional dan elektronik Universiti Teknologi MARA meliputi pewujudan, penggunaan, penyelenggaraan dan pelupusan di setiap PTJ. 

Pernyataan Dasar UiTM komited untuk mewujudkan pengurusan rekod yang sistematik dan mudah rujuk bagi meningkatkan keupayaan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Universiti Teknologi MARA.

  • Pengurusan rekod dijadikan teras kepada tadbir urus yang baik kepada UiTM dan asas kepada kebolehpercayaan pelanggan kepada perkhidmatan yang ditawarkan.
  • Program dan aktiviti pengurusan rekod akan sentiasa dipantau bagi memastikan keberkesanannya dan pematuhan kepada Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629), serta peraturan-peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia dan Universiti Teknologi MARA. 

Dasar Pengurusan Rekod Universiti Teknologi MARA ini berkuatkuasa mulai dari tarikh diluluskan di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) pada 18 November 2020. 

Muat Turun Dasar

Related Articles