Digital Document Management System (DDMS 2.0) sebuah sistem pengurusan dokumen dan digital yang dibangunkan oleh Jabatan Digital Negara, Kementerian Digital (dahulunya dikenali MAMPU) berdasarkan pakar rujuk dari Arkib Negara Malaysia. Ia merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah National Key Economics Area (NKEA), Communications, Content and Infrastructure (CCI), Entry Point Project (EPP) 6, eGovernment – Paperless Government.
DDMS dibangunkan mengikut kriteria pengurusan rekod elektronik seperti mana yang ditetapkan MS ISO 16175-2:2012 Information and Documentation – Principles and functional requirements for records in electronic office environments – Part 2: Guidelines and functional requirements for digital records management systems. Kriteria ini memastikan DDMS setanding dengan sistem pengurusan rekod elektronik yang menepati standard piawaian antarabangsa.
Sistem ini mula digunakan di UiTM bermula 27 November 2024 dengan projek rintis oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, dan Pejabat Naib Canselor.
Rujukan