Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

12 September 2023 - Penerimaan Rekod Penting (Fail Biasiswa) Dari Unit Kewangan Zon 2, Pejabat Bendahari UiTM

Penerimaan Rekod Penting (Fail Biasiswa) Dari Unit Kewangan Zon 2, Pejabat Bendahari UiTM


Tarikh    : 12hb September 2023
Masa     : 11.00pg
Lokasi    : Jabatan Arkib Universiti
              Perpustakaan Tun Abdul Razak
              Universiti Teknologi MARA

Jabatan Arkib Universiti (JAU) Telah Menerima Rekod Penting Dari Unit Kewangan Zon 2, Pejabat Bendahari, UiTM Shah Alam.

Serahan Rekod Penting Ini Merangkumi Sebanyak 22 Buah Kotak Yang Mengandungi Fail - Fail Biasiswa.

Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak Uitm Shah Alam Bertanggungjawab Bagi Perolehan Rekod Penting Universiti Yang Bernilai Selaras Dengan Dasar Penilaian Dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia Iaitu:

“Memperolehi Rekod Awam Yang Dalam Jagaan Atau Dibawah Kawalan Sesuatu Pejabat Awam, Kepada Jagaan Dan Kawalan Arkib Negara Melalui Proses Pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].”

Penyerahan Rekod Penting Universiti Ini Juga Terkandung Di Dalam Dasar Pengurusan Rekod UiTM Yang Telah Berkuat Kuasa Pada 18 November 2020. Dasar Ini Menetapkan Prinsip Dan Teras Pengurusan Rekod Yang Perlu Dipatuhi Dan Dilaksanakan Oleh Setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Universiti Teknologi MARA. Sehubungan Itu, Dasar Pengurusan Rekod UiTM Adalah Terpakai Bagi Semua Pusat Tanggungjawab Di UiTM.


Disertakan Gambar Sekitar Proses Serahan Bahan Tersebut :

  

  

 

Related Articles