Soalan Lazim (FAQ)

Seksyen "Soalan Lazim (FAQ)" ini diwujudkan untuk mengumpulkan soalan- soalan lazim yang sering ditanya oleh pengguna perkhidmatan.


1. Apakah rekod penting?
  1. Rekod penting adalah dokumen, fail atau rekod dalam apa jua bentuk atau format yang mengandungi maklumat penting untuk keperluan dalam melaksanakan fungsi dan operasi UiTM dan/ atau 'survival' UiTM.

2. Mengapa ia perlu dihantar?
  1. rekod-rekod penting perlu dikemukakan bagi melindungi kepentingan kewangan dan undang-undang UiTM serta memelihara dan melindungi hak-hak kakitangan, pelanggan dan pihak berkepentingan UiTM. Ia akan kekal sebagai memori Institusi UiTM.

    Pengurusan Rekod Penting UiTM merupakan pelan inisiatif institusi bagi memastikan rekod yang menyokong keseluruhan operasi berada dalam keadaan terkawal dan sentiasa boleh diakses walaupun berdepan ancaman.

3. Apakah polisi yang dirujuk?
  1. Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia (PRINSIP PENILAIAN DAN PEMEROLEHAN REKOD AWAM. ARKIB NEGARA MALAYSIA (ANM) : -

  2. "Mendapatkan rekod-rekod awam dalam jagaan atau di bawah kawalan sesuatu pejabat awam, jagaan dan kawalan Arkib Negara melalui proses pemindahan" - Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003" (Akta 629)

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my