18 November 2025 Bahagian Arkib Universiti telah mengadakan sesi libat urus bersama Fakulti Kejuruteraan Kimia pada 18 November 2025 yang dihadiri oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad, Pengarah Bahagian Arkib Universiti, serta Profesor Madya Ir. Dr. Azil Bahari bin Alias @ Ales, Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia. Sesi ini diadakan bagi memperkukuh pengurusan rekod dan pemeliharaan bahan arkib di peringkat fakulti melalui penyelarasan keperluan pendokumentasian, pemantapan tatacara pemindahan rekod, dan peningkatan kefahaman warga fakulti terhadap piawaian pengurusan arkib universiti.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada pembangunan repositori memori fakulti, keperluan dokumentasi sejarah, serta strategi memperluas akses kepada rekod bernilai kekal. Melalui kerjasama ini, Bahagian Arkib Universiti dan Fakulti Kejuruteraan Kimia komited memastikan rekod penting didokumentasikan secara sistematik, dipelihara dengan selamat, dan dapat menyokong keperluan rujukan serta penyelidikan pada masa hadapan.




