UiTM Shah Alam, 18 November 2025 – Bahagian Arkib Universiti telah melaksanakan Sesi Latihan DDMS 2.0 bersama warga Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi bagi tujuan meningkatkan kefahaman serta kecekapan dalam pengurusan dokumen digital di peringkat fakulti.
Latihan ini berlangsung di Makmal Komputer D2081, Aras 2, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Penceramah, Puan Azura Mohamad Hashim, manakala Fasilitator, Puan Norhani Hafizah turut membantu sepanjang pelaksanaan latihan.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan sistem DDMS 2.0 secara lebih berkesan, merangkumi pengurusan rekod, penyimpanan dokumen serta pematuhan terhadap dasar dan tatacara pengurusan maklumat universiti.
Bahagian Arkib Universiti komited untuk terus menyediakan latihan berterusan kepada semua PTj bagi memastikan amalan pengurusan rekod digital di UiTM dilaksanakan dengan lebih sistematik, selaras dengan hala tuju pendigitalan universiti.



