Webinar Sistem Pengurusan Rekod Digital (DDMS)

Webinar Sistem Pengurusan Rekod Digital (DDMS) – Pengurusan Rekod Elektronik UiTM telah berlangsung pada 26 November 2025 (Rabu) bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari melalui siaran Google Meet. Sesi ini menampilkan Puan Noor Syafika binti Zulkifeli, Ketua Seksyen (Pegawai Eksekutif), Unit Pengurusan Rekod, Seksyen Rekod Elektronik, Bahagian Arkib Universiti PTAR UiTM sebagai pakar DDMS 2.0.


Program ini diadakan bagi memperkukuh kefahaman warga UiTM mengenai kepentingan pengurusan rekod elektronik yang teratur, selamat dan mematuhi piawaian melalui penggunaan Sistem Pengurusan Rekod Digital (DDMS). Perkongsian ini memberi pendedahan menyeluruh tentang amalan terbaik, pengurusan akses, keselamatan maklumat serta kepatuhan dalam pengendalian rekod digital universiti. 


Sesi bermanfaat ini disertai 467 orang warga UiTM adalah sebagai usaha menyokong transformasi digital UiTM ke arah tadbir urus rekod yang lebih cekap, telus dan berkesan.

 

 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my