Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Tahun 2025

Latar Belakang

Mesyuarat Agung Tahunan International Council on Archives (ICA) 2007 telah menetapkan bahawa 9 Jun sebagai Hari Arkib Antarabangsa. Tarikh itu dipilih untuk memperingati tarikh ICA diwujudkan di bawah naungan UNESCO pada tahun 1948. Sambutan Hari Arkib Antarabangsa ini disambut bagi meraikan dan menyatukan profesional serta komuniti arkib dengan semangat bahawa nilai arkib harus dipromosikan di peringkat antarabangsa serta komuniti arkib turut memainkan peranan penting dalam akauntabiliti, ketelusan, demokrasi, warisan, sejarah dan masyarakat.

 

Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memberi kesedaran kepada warga UiTM mengenai kepentingan Arkib dalam melestarikan sejarah Universiti bagi memastikan ianya dapat dirujuk pada masa akan datang.

Tema

Tema Hari Arkib Antarabangsa Tahun 2025 ialah “Memperkasakan Arkib Untuk Masa Depan Lestari”. Tema tahun 2025 menekankan bagaimana arkib menyumbang kepada matlamat kelestarian dari segi aspek impak persekitaran dan tanggungjawab sosial, menyokong masa depan di mana sumber arkib menjadi rujukan dalam membuat keputusan.

Objektif

  • Memartabatkan bidang dan profesional pengurusan rekod, arkib dan galeri ke peringkat yang lebih tinggi.

  • Meningkatkan kesedaran di kalangan warga universiti tentang kepentingan pusat rekod, arkib dan galeri untuk tadbir urus yang baik; dan

  • Meraikan komuniti arkib dan pengurus rekod universiti melalui perkongsian maklumat, kemahiran dan pengetahuan baharu.

  • Meningkatkan ketampakan Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM dalam komuniti.

  • Sinergi dan kebersamaan bagi mengembangkan komuniti arkib dan pengurus rekod universiti melalui pertukaran ilmu, kemahiran dan kepakaran.

  • Mendidik, mengasuh dan melatih warga UiTM dan komuniti memelihara kepentingan khazanah sejarah negara.

Anjuran

Bahagian Arkib Universiti
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam

Aturcara Hari Arkib

Aktiviti

Tarikh

Masa

Perkara / Aktiviti

Muat turun

#01

10 Jun 2025 | Selasa

09:00 pg - 04:00 ptg

Bengkel Penjilidan

#02

11 Jun 2025 | Rabu

09:00 pgi - 04:00 ptg

WarisanHunt - Mercu Dirgahayu UiTM

#03

12 Jun 2025 | Khamis

09:00 pg - 04:30 ptg

Kursus Pengurusan Rekod Universiti

#04

13 Jun 2025 | Jumaat

09:00 pg - 11:00 pg

Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Tahun 2025

#05

13 Jun 2025 | Jumaat

11:15 pg - 12:15 tgh

Taklimat Digital Document Management System (DDMS) 2.0

#06

13 Jun 2025 | Jumaat

02:45 ptg - 04:30 ptg

#Podcast Bicara Tokoh Alumni ITM/UiTM

#07

10-13 Jun 2025 | Isnin - Jumaat

-

Pameran Maya & Fizikal di Galeri Tun Abdul Razak

Tema pameran:

  1. Memori UiTM
  2. Transformasi Digital Arkib

    Hubungi

    Bahagian Arkib Universiti (BARU)
    Perpustakaan Tun Abdul Razak,
    Blok F, Kompleks Kenanga,
    Universiti Teknologi MARA,
    40450 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan. Malaysia
    Telefon: 03-55443726
    Emel: azniza180@uitm.edu.my