Sempena sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM), satu inisiatif istimewa telah dilancarkan iaitu Pertandingan Jejak Memori Pusat Tanggungjawab UiTM. Pertandingan ini dianjurkan sebagai usaha menghargai dan memelihara warisan sejarah UiTM melalui pengumpulan cerita dan dokumentasi berkaitan penubuhan serta perkembangan Pusat-Pusat Tanggungjawab (PTj) di seluruh UiTM.
Objektif utama pertandingan ini adalah untuk menggalakkan warga UiTM – termasuk pensyarah, staf pentadbiran, dan alumni – berkongsi sejarah, pengalaman, serta kisah menarik yang menyumbang kepada penubuhan dan pertumbuhan setiap PTj. Kisah-kisah ini bukan sahaja menyimpan nilai sentimental, malah menjadi sumber penting dalam memperkukuh identiti institusi dan sebagai rujukan sejarah untuk generasi akan datang.
Pertandingan ini juga bertujuan memperkasakan peranan arkib dalam mendokumentasi dan memelihara memori institusi, selari dengan tema sambutan Hari Arkib Antarabangsa. Diharapkan melalui pertandingan ini, satu koleksi naratif sejarah yang kaya dan berharga dapat diwujudkan sebagai warisan rasmi UiTM.
Terbuka kepada semua pusat tanggungjawab (PTj) UiTM Shah AlamdanUiTM Cawangan
Skop Pertandingan
Sejarah Penubuhan
Sejarah Penubuhan
Perasmian, Bangunan / Pejabat
Perasmian, Bangunan / Pejabat
Peneraju Pusat Tanggungjawab (PTj)
Peneraju Pusat Tanggungjawab (PTj)
Senarai peneraju yang telah berkhidmat. Maklumat yang diperlukan adalah nama dan tempoh menjadi peneraju.Kriteria Pertandingan
- Bukti bergambar perasmian/operasi, pejabat/ bangunan, barisan peneraju dan maklumat tempoh perkhidmatan.
- Penyampaian kreativiti adalah terbuka.
- Kandungan fakta yang lengkap dan disahkan oleh Pusat Tanggungjawab (PTj) dianggap rasmi untuk hebahan.
- Penyertaan Jejak Memori di Facebook Pusat Tanggungjawab (PTj) perlu mengisi Borang Penyertaan Pertandingan Jejak Memori Pusat Tanggungjawab (PTj) UITM.
- Borang penyertaan - https://forms.gle/bhQKA13qpKy6btxLA
- Markah bonus untuk Engagement (Likes, Share dan Comment)
Format Penyertaan
- Minimum 5 gambar High Resolution dimuatnaik di Facebook Rasmi Pusat Tanggungjawab (PTj). Tiada had gambar untuk penyertaan dalam 1 posting.
- Wajib Add Facebook Page Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA sebagai Collaborator.
- Penceritaan lengkap sejarah bangunan atau pejabat dan peneraju Pusat Tanggungjawab (PTj).
Semua penyertaan oleh Facebook Pusat Tanggungjawab (PTj) akan dimuatnaik ke Memori UiTM https://library.uitm.edu.my/uitmmemory/