Kumpulan pengguna DDMS dan peranan adalah seperti berikut :
- Pengurus Rekod/ Record Manager
Staf Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam.- Mewujudkan fail baharu jika perlu dan bila terdapat keperluan
- Memadam fail dan rekod
- Rename fail dan rekod
- Mengemaskini metadata fail atau rekod
- Melaksanakan latihan penggunaan DDMS kepada pengguna
- Mewujudkan fail baharu jika perlu dan bila terdapat permintaan
- Memantau keakuran kepada penggunaan tatacara ini
- Pentadbir Sistem/ System Administrator (SA)
Staf Bahagian Perpustakaan Digital, Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam- Membuat kawalan akses kepada fail terperingkat
- Menyelesaikan isu/ masalah/ aduan yang dimajukan oleh pengguna melalui email
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - Mewujudkan ID untuk pengguna baharu
- Melaksanakan sekatan pengguna berdasarkan fail atau rekod
- Melaksanakan latihan pengguna baharu dan latihan ulangan kepada pengguna aplikasi DDMS 2.0.
- Staf Maklumat (Information Worker)
Staf yang melaksanakan kerja menawan rekod dalam DDMS. Merupakan Pengurus Rekod Jabatan/Pembantu Tadbir Rekod jabatan atau mana-mana yang ditetapkan mengikut penetapan PTj di UiTM.- Mengambil tindakan mengimbas rekod dan tawan, minit tindakan dan edaran kepada staf yang berkaitan
- Melengkapkan no folio pada rekod masuk selepas ditawan dalam DDMS
- Memfailkan rekod asal ke dalam fail fizikal
- Memohon penambahan fail baharu
- Memastikan kandungan fail elektronik dan fizikal adalah selari
- mastikan pengendalian rekod elektronik dan rekod digital mengikut ketetapan tatacara ini
- Menyediakan dan mengedarkan senarai nombor fail yang digunakan oleh PTj kepada staf yang terlibat dalam menyediakan rekod.
- Pengguna (End User)
Semua warga UiTM Shah Alam.- Memastikan penggunaan DDMS mengikut etika penguruan rekod yang ditetapkan.
- Memastikan kandungan fail elektronik dan fizikal selari
- Tidak berkongsi atau memberikan log masuk DDMS kepada pihak lain.
- Memajukan keperluan pembukaan fail baharu kepada Pengurus Rekod
- Menawan serta mencetak e-mel rasmi yang masuk atau keluar dan memajukan salinan cetakan kepada Information Worker/ Unit Registri/PRJ/PTRJ untuk difailkan