Ketetapan Umum Pelaksanaan DDMS di UiTM

Berikut merupakan penetapan khas untuk semua pengguna DDMS 2.0 di UiTM Shah Alam:

  1. Pengurusan Rekod Secara Tidak Berpusat
    UiTM Shah Alam mengamalkan sistem pengurusan rekod secara tidak berpusat. Setiap pusat tanggungjawab di UiTM Shah Alam mempunyai bilik fail/rekod atau Unit Registri sendiri.

  2. Pengurusan Rekod Terbuka
    Fasa 1 yang akan bermula pada 1 Mac 2025 adalah penggunaan DDMS untuk Rekod-rekod Terbuka sahaja.

  3. Pengurusan Rekod Hibrid
    Pengurusan rekod secara hibrid dilaksanakan melalui DDMS. Fail dan rekod fizikal dikekalkan dan fail dan rekod elektronik digunakan. Sekiranya dokumen asal berformat cetakan, ianya perlu diimbas dan ditawan dalam DDMS. Sebaliknya sekiranya dokumen asal berformat digital (contoh: emel) ianya perlu ditawan dalam DDMS dan dicetak untuk difailkan oleh pemula

  4. Penutupan Fail fizikal dan fail DDMS
    Fail DDMS akan ditutup secara automatik apabila jumlah folio mencapai 100. Fail jilid 2 akan dibuka dalam sistem. Penutupan fail fizikal juga perlu mengikut jumlah folio iaitu 100 sepertimana dalam DDMS. Fail elektronik dan fail fizikal perlu mempunyai kandungan dan nombor folio yang sama.

  5. Penyediaan surat keluar kepada warga UiTM Shah Alam
    Surat dari pemula di UiTM Shah Alam kepada penerima yang bertugas di UiTM Shah Alam perlu disediakan dalam 1 salinan asal sahaja. Salinan tersebut yang mempunyai tandatangan hidup akan diimbas, ditawan dan diedarkan melalui DDMS menggunakan fungsi minit tindakan. Surat asal tersebut akan difailkan oleh pemula. Penerima hanya akan mendapat surat yang dialamatkan kepada mereka dan yang dibuat salinan (cc) kepada mereka melalui DDMS. Penerima surat melalui DDMS tidak perlu menawan semula surat tersebut dalam DDMS

  6. Penyediaan surat keluar kepada bukan pengguna DDMS
    Surat perlu disediakan dalam dua salinan kepada penerima selain UiTM Shah Alam. Salinan pertama menggunakan letter head dan bertandatangan hidup. Manakala salinan kedua tidak perlu menggunakan letter head tetapi masih memerlukan tanda tangan hidup. Salinan asal yang pertama (dengan letter head) akan diimbas dan ditawan dalam DDMS. Setelah ditawan, salinan asal yang pertama dan kedua akan ditulis nombor folio yang diperolehi melalui DDMS. Salinan asal yang pertama akan dihantar kepada penerima mengikut kaedah yang digunakan oleh PTj (pos laju, pos berdaftar dan lain-lain) manakala salinan asal yang kedua (tanpa letterhead) akan difailkan oleh pemula.

  7. Pengurusan surat masuk dari UiTM Shah Alam
    Penerimaan surat masuk adalah melalui aplikasi DDMS. Penerima dari UiTM Shah Alam tidak akan menerima surat asal bercetak. Surat asal tersebut akan terus difailkan dalam fail pewujud. Penerima boleh merujuk surat yang diterima melalui aplikasi DDMS.

  8. Pengurusan surat masuk bukan dari UiTM Shah Alam
    Surat yang diterima bukan dari warga UiTM Shah Alam perlu diimbas, dimuatnaik dan ditawan dalam DDMS. Rekod tersebut juga boleh dibuat minit tindakan supaya pegawai yng berkaitan dapat mengambil tindakan seperti yang diarahkan. Rekod fizikal akan difailkan oleh PTj yang menerima surat masuk tersebut.

  9. Penggunaan huruf besar (CAPSLOCK)
    Pengguna DDMS hendaklah menggunakan huruf besar semasa mengisi maklumat dokumen yang ditawan,dan semasa menulis minit tindakan.

  10. Pengurusan rekod ketika DDMS tidak boleh diakses.
    DDMS mempunyai downtime yang disebabkan oleh penyelenggaraan dari Jabatan Digital Negara (JDN). Notis penyelenggaraan dan gangguan akses akan dipaparkan pada pautan DDMS oleh JDN.

    Sekiranya DDMS tidak dapat diakses, dokumen tidak dapat ditawan dan minit tindakan tidak boleh dilaksanakan, Information Worker atau staf yang memuat naik dokumen dalam DDMS hendaklah melaksanakan proses di bawah bagi Dokumen Terbuka (sahaja)
    • Imbas dokumen yang akan dimuatnaik dalam DDMS
    • Email dokumen tersebut kepada penerima untuk tindakan seterusnya oleh penerima dengan maklumat tindakan yang perlu dilaksanakan oleh penerima tersebut.
    • Tawan dokumen dalam DDMS setelah boleh diakses

  11. Penetapan Pewujud Fail DDMS dan Fizikal
    1. PTj sebagai pemula fail (pewujud/pemilik transaksi fail)
      PTj sebagai pemula fail bermaksud fail tersebut merupakan transaksi fungsi utama PTj tersebut. Sekiranya PTj lain ingin mengguna pakai nombor transaksi PTj pemula, dokumen fizikal hendaklah dikandungkan dalam fail di PTj pemula.

      Contoh surat permohonan lantikan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) oleh jabatan/bahagian/unit di UiTM Shah Alam akan difailkan dalam fail UiTM.100-14/1/13 Pelantikan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) di Jabatan Perpustakaan sahaja. PTj yang memohon lantikan tersebut TIDAK PERLU membuat salinan surat dan memfailkan di jabatan/bahagian/unit masing-masing.

    2. PTj sebagai pengguna nombor klasifikasi fail PTj pemula (pewujud/pemilik transaksi fail)
      PTj boleh menggunakan nombor transaksi fail dari PTj pemula yang lain bagi tujuan penyediaan nombor rujukan rekod. Salinan asal (rekod keluar kepada dari UiTM Shah Alam) dan salinan rekod (rekod keluar kepada penerima bukan UiTM Shah Alam) hendaklah difailkan oleh PTj pemula.

      Contoh : Permohonan perjawatan yang disediakan oleh setiap PTj di UiTM Shah Alam akan menggunakan nombor transaksi fail yang sama iaitu 500-2/2/4 Permohonan Jawatan/Emolumen Ke Agensi Pusat (Luar Agihan Belanja Mengurus (ABM). Dokumen permohonan asal hendaklah dihantar segera ke PTj Pemula (Jabatan Pendaftar UiTM Shah Alam) untuk difailkan. Edaran kepada penerima dilaksanakan melalui DDMS.

Pelaksanaan DDMS di UiTM

Projek Digital Document Management System (DDMS) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi projek di bawah Entry Points Projects (EPP) e-Government iaitu Pelaksanaan Kerajaan Tanpa Kertas (Paperless Government).

Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh sektor awam bermula tahun 2013. Ia diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan dan capaian rekod serta ketelusan perkhidmatan Kerajaan melalui penggunaan teknologi ICT. Pelaksanaan aplikasi DDMS di seluruh sektor awam ini dapat menyokong hasrat Kerajaan ke arah pengurangan penggunaan kertas dalam urusan harian Kerajaan.

DDMS 2.0 a menyimpan, mengesan, dan meng-indeks semua rekod elektronik dan kertas dan menyimpan secara elektronik dalam bentuk rekod.

Sistem ini merangkumi proses menawan dan menyelenggara rekod berkaitan aktiviti perniagaan dan transaksi agensi Kerajaan dengan menyediakan pengurusan rekod yang cekap, dan sistematik sepanjang kitaran hayat rekod sehingga pelupusan rekod.

Objektif asas Sistem DDMS 2.0 adalah seperti berikut:

  1. Menggantikan penggunaan rekod fizikal kepada rekod digital;
  2. Menghapuskan penggunaan kertas secara berperingkat;
  3. Membolehkan rekod digital dan rekod fizikal di simpan dan diselenggara secara elektronik; dan
  4. Membolehkan semua urusan kerajaan seperti bahan pembentangan, pekeliling dalaman dan surat anatara agensi/ jabatan diurus atau dibuat secara elektronik.

DDMS 2.0 telah Go Live di UiTM pada 26 November 2024 dan pelaksanaan penggunaannya adalah secara berperingkat dan meliputi keseluruhan Pusat Tanggjungjawab (PTj) di UiTM Shah Alam dan Cawangan.

Dokumen ini adalah panduan pengguna bagi Digital Document Management System 2.0 (DDMS 2.0) tetapi akan memenuhi khusus fungsi Sistem Pengurusan Rekod Elektronik (ERMS) sebagaimana yang dinyatakan dalam MS ISO 16.175-2 : Information and Documentation Principles and Functional Requirements for Records in Electronic Office Environment

Punca kuasa pelaksanaan DDMS 2.0 adalah melalui keputusan Majlis Eksekutif Universiti Bil 26/2024 bertarikh 20 November 2024. Ia mula berkuatkuasa pada 1 Mac 2025.

Kategori dan Peranan Pengguna DDMS

Kumpulan pengguna DDMS dan peranan adalah seperti berikut :

  1. Pengurus Rekod/ Record Manager
    Staf Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam.
    1. Mewujudkan fail baharu jika perlu dan bila terdapat keperluan
    2. Memadam fail dan rekod
    3. Rename fail dan rekod
    4. Mengemaskini metadata fail atau rekod
    5. Melaksanakan latihan penggunaan DDMS kepada pengguna
    6. Mewujudkan fail baharu jika perlu dan bila terdapat permintaan
    7. Memantau keakuran kepada penggunaan tatacara ini
  2. Pentadbir Sistem/ System Administrator (SA)
    Staf Bahagian Perpustakaan Digital, Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam
    1. Membuat kawalan akses kepada fail terperingkat
    2. Menyelesaikan isu/ masalah/ aduan yang dimajukan oleh pengguna melalui email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    3. Mewujudkan ID untuk pengguna baharu
    4. Melaksanakan sekatan pengguna berdasarkan fail atau rekod
    5. Melaksanakan latihan pengguna baharu dan latihan ulangan kepada pengguna aplikasi DDMS 2.0.

  3. Staf Maklumat (Information Worker)
    Staf yang melaksanakan kerja menawan rekod dalam DDMS. Merupakan Pengurus Rekod Jabatan/Pembantu Tadbir Rekod jabatan atau mana-mana yang ditetapkan mengikut penetapan PTj di UiTM.
    1. Mengambil tindakan mengimbas rekod dan tawan, minit tindakan dan edaran kepada staf yang berkaitan
    2. Melengkapkan no folio pada rekod masuk selepas ditawan dalam DDMS
    3. Memfailkan rekod asal ke dalam fail fizikal
    4. Memohon penambahan fail baharu
    5. Memastikan kandungan fail elektronik dan fizikal adalah selari
    6. mastikan pengendalian rekod elektronik dan rekod digital mengikut ketetapan tatacara ini
    7. Menyediakan dan mengedarkan senarai nombor fail yang digunakan oleh PTj kepada staf yang terlibat dalam menyediakan rekod.

  4. Pengguna (End User)
    Semua warga UiTM Shah Alam.
    1. Memastikan penggunaan DDMS mengikut etika penguruan rekod yang ditetapkan.
    2. Memastikan kandungan fail elektronik dan fizikal selari
    3. Tidak berkongsi atau memberikan log masuk DDMS kepada pihak lain.
    4. Memajukan keperluan pembukaan fail baharu kepada Pengurus Rekod
    5. Menawan serta mencetak e-mel rasmi yang masuk atau keluar dan memajukan salinan cetakan kepada Information Worker/ Unit Registri/PRJ/PTRJ untuk difailkan

Subcategories

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my