Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

1 November 2022 - Lawatan Penanda Arasan Jabatan Arkib Universiti Ke Pusat Rekod Arkib Negara Malaysia,Petaling Jaya

Hari      : Selasa
Tarikh  : 1 November 2022
Masa    : 0945hrs
Lokasi  : Pusat Rekod, Arkib Negara Malaysia, Petaling Jaya

Lawatan Penanda Arasan Jabatan Arkib Universiti (JAU) Ke Pusat Rekod Arkib Negara Malaysia (ANM) Di Petaling Jaya.


Jabatan Arkib Universiti (JAU) Telah Melakukan Lawatan Penanda Arasan Ke Pusat Rekod Arkib Negara Malaysia Di Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan Pada 1hb November 2022.

Rombongan Seramai 21 Orang Staf JAU Yang Terdiri Dari 4 Orang Pegawai, 17 Orang Staf Pelaksana Jabatan Serta Seorang Pelajar Latihan Industri Telah Terlibat Dalam Lawatan Kali Ini Dan Telah Diketuai Oleh Ketua JAU, Encik Ahmad Amiri Bin Mohamad,Timbalan Ketua Pustakawan kanan.

Kehadiran Kami Telah Disambut Oleh Encik Zaini Bin Mazlan,Pegawai Arkib, Selaku Pegawai Yang Bertugas Mewakili Staf Bagi Seksyen Perkhidmatan Pusat Rekod Arkib Negara.
Antara Tentatif Rombongan Lawatan Ini,Kami Telah Diberi Taklimat Dan Penerangan Berkaitan Fungsi Dan Peranan Pusat Rekod Dan Sesi Lawatan Berserta Penerangan Mengenai Tatacara Penerimaan Dan Penyimpanan Rekod Mengikut Prosedur Ketetapan ANM.

Tujuan Utama Lawatan Ke Pusat Rekod ANM Ini Adalah Untuk Menambah Ilmu Pengetahuan, Kemahiran Dan Pengalaman Dalam Pemerkasaan Sistem Pengurusan Arkib Dan Rekod Yang Lebih Efisien Dan Cekap Dibawah Kendalian JAU DiSamping Mengeratkan Lagi Kerjasama Antara Dua Agensi Yang Saling Berkaitan Universiti Teknoloogi MARA - Arkib Negara Malaysia Khasnya.

Disertakan Gambar Sekitar Sesi Lawatan :

 

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:

 

Chat with Archivist@JAU : 

 

Pegawai Rujukan : Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman

                                 Pustakawan Kanan

                                 Ketua Unit Perkhidmatan Arkib

                                 Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam

Alamat Emel         : (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

 

Facebook Rasmi : Jabatan Arkib Universiti

                               (https://www.facebook.com/archive.uitm)

 

Talian Pejabat     : 03-5544 3721

 

 

 

Related Articles