BENGKEL PENJILIDAN DAN PEMULIHARAAN BAHAN PERPUSTAKAAN DAN ARKIB KEPADA STAF PEMULIHARAAN UiTM SHAH ALAM DAN CAWANGAN
Tarikh : 1hb Hingga 3hb Ogos 2022
Masa : 0800hrs – 1700hrs
Lokasi : Ruang Penyelidikan, Jabatan Arkib Universiti
Jabatan Arkib Universiti Telah Menganjurkan Bengkel Penjilidan Dan Pemuliharaan Bahan Perpustakaan Dan Arkib
Khas Kepada Staf Pemuliharaan UiTM Shah Alam Dan Cawangan Dengan Kerjasama Arkib Negara Malaysia (ANM).
Bengkel Yang Berlangsung Selama Tiga Hari, Bermula Dari 1hb Hingga 3hb Ogos 2022 Ini Telah Melibatkan Seramai 39 Orang Staf
UiTM Dari Seluruh Cawangan.
Tujuan Utama Pelaksanaan Bengkel Kali Ini Adalah Bagi Mendedahkan Peserta Dengan Pengetahuan Asas Tentang Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Bahan.
Disamping Itu,Peserta Juga Dapat Bertukar Pendapat Dan Pengalaman Bagi Meningkatkan Kemahiran Dan Mutu Kualiti Hasil Kerja Yang Dilakukan.
Antara Modul Latihan Yang Akan Dipelajari Oleh Para Peserta Bengkel Ini Adalah :-
a) Pengenalan Kaedah Pemuliharaan Bahan Arkib
b) Kaedah Jilidan (Split Board)
c) Kaedah Praktikal Jahitan Jenis (French Sewing)
d) Pembaikan Tradisional / Tisu Fail
Berikut Disertakan Maklumat Berkaitan Penceramah Bengkel :-
Penceramah :
Encik Muhd Syazreen Bin Suhaili
(Pegawai Arkib Seksyen Pemeliharaan & Repografi)
Fasilitator :
Aizuddin bin Che Ahmad (Fasilitator)
Pembantu Pemuliharaan S 26
Mohd Firdaus bin Mat Desa (Fasilitator)
Pembantu Pemuliharaan S 26
Azalan bin Othman (Fasilitator)
Pembantu Pemuliharaan S 22
Shafii bin Ahmad (Fasilitator)
Pembantu Pemuliharaan S 22
Berikut Disertakan Gambar Sekitar Pelaksanaan Bengkel Tersebut :-