Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

20 Mei 2024 : Penerimaan Rekod Penting Universiti Daripada Perpustakaan Tun Abdul Razak

Penerimaan Rekod Penting Universiti Daripada Perpustakaan Tun Abdul Razak

 

Tarikh  : 20 Mei 2024 (Isnin)

Masa   : 3.30 petang

Lokasi : Bangunan Jabatan Arkib Universiti, Kompleks Kenanga

            Universiti Teknologi MARA (UiTM)

            Shah Alam

 

Jabatan Arkib Universiti (JAU) Telah Menerima Serahan Rekod Penting Universiti iaitu Mesyuarat Utama Berkaitan UiTM Dimana Ia Akan Disimpan Sebagai Sumber Rujukan Serta Koleksi Bahan Arkib. Rekod Penting Universiti ini, Telah Diserahkan Oleh Puan Seri Ida Idayu Binti Sarffuddin & Cik Norhani Hafizah Binti Ahmad Nor Hizam.
Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam Bertanggungjawab Bagi Perolehan Rekod Penting Universiti Yang Bernilai Selaras Dengan Dasar Penilaian Dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia Iaitu:
“Memperolehi Rekod Awam Yang Dalam Jagaan Atau Dibawah Kawalan Sesuatu Pejabat Awam, Kepada Jagaan Dan Kawalan Arkib Negara Melalui Proses Pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].”
Penyerahan Rekod Penting Universiti Ini Juga Terkandung Di Dalam Dasar Pengurusan Rekod UiTM Yang Telah Berkuat Kuasa Pada 18 November 2020.
Dasar Ini Menetapkan Prinsip Dan Teras Pengurusan Rekod Yang Perlu Dipatuhi Dan Dilaksanakan Oleh Setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Universiti Teknologi MARA.
Sehubungan Itu, Dasar Pengurusan Rekod UiTM Adalah Terpakai Bagi Semua Pusat Tanggungjawab Di UiTM.

Disertakan Gambar Sekitar Sesi Serahan Bahan Tersebut :

 

Related Articles