Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

25 April 2024 : Jamuan Hari Raya Jabatan Arkib Universiti (JAU)

Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri Jabatan Arkib Universiti (JAU) UiTM

Tarikh  : 26 April 2024 (Jumaat)

Masa   : 8.45 Pagi

Lokasi : Bilik Seminar

             Jabatan Arkib Universiti

             Perpustakaan Tun Abdul Razak

             Kompleks Kenanga

             Universiti Teknologi MARA

 

Berikutan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah diraikan oleh seluruh Umat Islam pada 1 Syawal yang lalu, Pihak JAU telah menganjurkan satu majlis ringkas Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 26 April 2024 yang lalu.

Bertempat di Bilik Seminar JAU, majlis ini telah melibatkan semua staf JAU dan juga beberapa orang pelajar latihan industri yang sedang menjalani latihan mereka di sini.
 
Bagi meraikan mantan staf JAU yang telah bersara dan bertukar tempat kerja , JAU juga turut mengundang kehadiran mereka untuk memeriahkan majlis ini sebagai Tetamu Undangan Khas.
JAU dengan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
 
Diharapkan aktiviti ini dapat dilaksanakan saban tahun bagi memupuk semangat ukhwah dikalangan staf dan juga mantan staf JAU.
 
Disertakan tentatif ringkas majlis dan gambar-gambar berkaitan majlis tersebut :
 
09.00pagi : Ketibaan para tetamu
09.30pagi : Kata - kata aluan Ketua JAU
10.15pagi : Sesi bergambar
10.30pagi : Penyerahan sumbangan dan sagu hati kepada staf JAU yang ditimpa musibah serta Staff Of The Month@JAU
11.00pagi : Jamuan makan
12.15tghri : Bersurai
 
Disertakan gambar sekitar perlaksanaan majlis tersebut :
 
 
   
 
 

Related Articles