Aktiviti Pelupusan/Rincihan Rekod
Tarikh : 28 Oktober 2022
Masa : 1015hrs
Lokasi : Pejabat Bendahari, UiTM Shah Alam
Jumaat. 28hb Oktober,
Beberapa Orang Staf Jabatan Arkib Universiti (JAU) Dari Unit Perkhidmatan Rekod Telah Diberikan Penugasan Melupuskan Rekod Yang Telah Ditentukan Status Pelupusannya Bertempat Di Stor Rincih, Jabatan Pengurusan Perolehan & Aset, Pejabat Bendahari , UiTM Shah Alam.
Ketibaan Staff JAU Telah Disambut Oleh Pegawai Yang Bertanggungjawab Di Stor Rincih Tersebut, Encik Zamri Atan.Beliau Juga Telah Menyampaikan Sedikit Taklimat Keselamatan Serta Cara - Cara Penggunaan Mesin Rincih Di Stor Tersebut.
Disertakan Maklumat Staff Jabatan Yang Terlibat Dalam Penugasan Kali Ini :
-
Encik Muhammad Azrul Nizam Abdul Rahman (Pustakawan)
-
Puan Wan Nur Khalidah Wahed (Penolong Pegawai Arkib)
-
Puan Nor Hafizah Ismail (Pembantu Arkib Kanan)
-
Encik Mohamad Fairuz Abdul Rahim (Pembantu Pemuliharaan)
-
Encik Shazwan Muhammad Noor (Pembantu Arkib)
Disertakan Gambar Sekitar Aktiviti Berlangsung :