Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

5 September 2023 - Lawatan Penanda Arasan Dari Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Jabatan Arkib Universiti (JAU) UiTM Shah Alam

LAWATAN TANDA ARAS PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH, (PTTA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM Ke Jabatan Arkib Universiti

Tarikh   : 5 September 2023 (Selasa)
Masa    : 11.00Pagi
Lokasi   : Bilik Mesyuarat
               Jabatan Arkib Universiti
               Perpustakaan Tun Abdul Razak

Satu Sesi Lawatan Tanda Aras Telah Diadakan Di Jabatan Arkib Universiti (JAU) Oleh Pelawat Dari Bahagian Pembangunan Aplikasi Digital, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).


Seramai 12 Orang Staf Dari PTTA Yang Diketuai Oleh Encik Shahrul bin Ahmad Bakri (Ketua Unit Pengurusan Ilmu, Bahagian Aplikasi Teknologi Digital, PTTA) Telah Hadir Dalam Sesi Lawatan Ini Yang Bertujuan Bagi Perkongsian Maklumat Dan Kepakaran Bagi Penambahbaikan Dalam Pembangunan Sistem Pengurusan Rekod Dan Arkib.

Mewakili Pihak Pengurusan JAU Pula Adalah Encik Ahmad Amiri bin Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan / Ketua Jabatan Arkib Universiti) Dimana Para Pelawat Telah Diberikan Taklimat Dan Sesi Lawatan Ke Sekitar Bangunan JAU.

Sesi Lawatan Penanda Arasan Ini Berakhir Sekitar Pukul 1.00 Petang. Sesi Penyampaian Cenderamata Dan Bergambar Kenangan Bersama Pelawat Juga Telah Diadakan Disusuli Dengan Jamuan Makan Tengahari.

Disertakan Gambar Sekitar Sesi Tersebut Berlangsung :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber Gambar : Laman Facebook Rasmi Perpustakaan UiTM

Related Articles