Pemakluman Aktiviti / Program
RANGKUMAN SESI LATIHAN SANGKUT STAF UNIT ARKIB CAWANGAN (UAC) HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH UiTM
Tarikh : 7 Hingga 9 Mei 2024
Tempat : Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam
Skop Latihan : Pengurusan Rekod dan Arkib
Jabatan Arkib Universiti (JAU), UiTM Shah Alam telah berbesar hati menerima kehadiran dua orang staf Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM bagi menjalani latihan sangkut di JAU.
Peserta sesi latihan sangkut kali ini adalah Puan Wan Rohani Binti Wan Chin, Pustakawan Kanan dan Puan Nur Ira Wahidah Binti Nasir, Kerani. Kedua-duanya merupakan staff dari UAC Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.
Fokus utama latihan sangkut yang berlangsung selama tiga hari yang bermula 7hb hingga 9hb Mei 2024 ini adalah untuk mengetahui secara terperinci mengenai takbir urus dan aktiviti di Bahagian Pengurusan Rekod dan Bahagian Pengurusan Arkib.
Para peserta juga turut didedahkan dengan teori dan latihan amali serta amalan yang diterapkan dalam pengurusan rekod dan arkib di JAU.
Disertakan gambar sekitar sesi latihan berlansung :