Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Pengukuhan dan Pemetaan Proses Kerja Perpustakaan UiTM 2024

Bengkel Pengukuhan dan Pemetaan Proses Kerja Perpustakaan UiTM 2024

 

Tarikh  : 26 - 27 Jun 2024

Masa   : 8.30am - 4.30pm

Lokasi : Bilik Seminar,

              Jabatan Arkib Universiti

              Perpustakaan Tun Abdul Razak 

 
Rangkkuman Pelaksanaan Bengkel Pengukuhan dan Pemetaan Proses Kerja Perpustakaan UiTM pada 26 & 27  Jun 2024 di Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam yang dihadiri seramai 48 orang yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Ketua Bahagian dan Pegawai Dokumen Kualiti daripada PTAR Shah Alam dan Cawangan.
 
Ucapan Pembukaan oleh Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM. Antara perkara penting yang beliau tekankan dan perlu diberi perhatian adalah memastikan keperluan semasa serta warga universiti menjadi keutamaan dalam usaha memperkasakan perkhidmatan perpustakaan di seluruh Perpustakaan UiTM.
 
Beliau juga yakin bahawa Perpustakaan UiTM sentiasa menjadi pakar rujuk oleh Universiti, organisasi dan agensi lain kerana kemampuan mengendalikan institusi terbesar Malaysia. Justeru itu, pemantapan perkhidmatan yang dikemaskini akan memastikan hala tuju perkhidmatan pepustakaan kekal relevan.
 
Bengkel dikendalikan oleh Puan Nor Azwani Mohamad selaku Ketua Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik diikuti Sesi 1 Pengemaskinian Fungsi dan Proses Kerja dan Sesi 2 Mengenalpasti dan pemetaan Punca Kuasa/Perundangan:
Akta/Undang-Undang, Pekeliling/Peraturan, Arahan, Standard dan Garis Panduan/Tatacara.
 
Bengkel hari kedua Berlangsung dengan pembentangan kumpulan dan rumusan bengkel.
 
 
Sumber : Facebook Page Perpustakaan UiTM 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Related Articles