Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Booth Penyerahan Rekod Penting Universiti dan Derma Koleksi ITM / UiTM

Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Booth Penyerahan Rekod Penting Universiti dan Derma Koleksi ITM/UiTM pada 11 Jun 2024. Booth ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Unit Arkib, Kampus Alor Gajah, dan terbuka kepada semua warga UiTM Cawangan Melaka.

Antara aktiviti utama yang menarik perhatian ialah penerangan tentang jenis-jenis rekod penting universiti serta proses penyerahan rekod tersebut untuk tujuan pemeliharaan. Selain itu, booth ini turut menyediakan platform untuk warga UiTM menderma koleksi peribadi yang berkaitan dengan sejarah ITM sehingga UiTM, sekali gus memperkayakan bahan arkib universiti.

Inisiatif ini bukan sahaja memupuk kesedaran tentang kepentingan rekod universiti tetapi juga menyemarakkan semangat penyumbangan kepada warisan institusi. Booth ini menegaskan komitmen Unit Arkib dalam memastikan pengurusan rekod yang teratur dan memelihara sejarah UiTM untuk generasi akan datang.

Related Articles