06 Mac 2024, (Rabu) - Unit Sumber Rujukan Universiti dan Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan gotong - royong bagi mengemas ruang stor dan menyemak semula dokumen pelupusan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Objektif program gotong-royong ini dijalankan adalah untuk memastikan persekitaran di PTAR UiTM Cawangan Melaka sentiasa bersih dan kemas untuk keselesaan bekerja. Gotong-royong ini telah dimulakan dengan mengeluarkan kotak – kotak yang ada di ruangan stor di Unit Arkib dan diasingkan mengikut unit masing – masing untuk permohonan pelupusan. Selain itu, semakan dokumen yang ada di dalam kotak tersebut telah dijalankan bagi memastikan dokumen itu telah cukup tempoh untuk di buat permohonan pelupusan.

