Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kursus Pengurusan Rekod Dan Fail

Jemputan Sebagai Penceramah Di Kursus Pengurusan Rekod Dan Fail Di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

 

Tarikh   : 10 -11 Julai 2024 | 4-5 Muharram 1446H

Masa     : 9.00pagi - 5.00ptg

Lokasi   : Perpustakaan Negara Malaysia

                Jalan Tun Razak 

                Kuala Lumpur

 

Jabatan Arkib Universiti, PTAR, UiTM Shah Alam telah dijemput sebagai penceramah Kursus Pengurusan Rekod Dan Fail yang berlangsung di Perpustakaan Negara Malaysia. Kursus disertai oleh 58 orang pegawai dan pengurus rekod Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
 
Puan Azniza Mohamad Nor, Penolong Pendaftar Kanan (Arkib) selaku penceramah utama menyampaikan ilmu berkaitan pengurusan rekod awam hingga perlupusan rekod termasuk rekod terperingkat. Turut disertai Puan Azura Mohamad Hashim, Timbalan Ketua Pustakawan yang memberi penerangan berkenaan fungsi Jabatan Arkib Universiti.
 
Intipati kursus adalah berkenaan kaedah pengurusan rekod perlu dilaksanakan dengan mengikut piawaian dan prosedur yang telah ditetapkan untuk membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal dan dicapai dengan cepat dan tepat apabila diperlukan.
 
Semoga ilmu yang di sampaikan oleh kami memberi nilai kepada peserta untuk diaplikasikan.
 
 
Sumber gambar : Laman Facebook Rasmi Perpustakaan UiTM
 
Disertakan gambar sekitar pelaksanaan kursus tersebut :
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Related Articles