Shah Alam, 25 Mac 2025 – Satu sesi latihan Document Digital Management System (DDMS) telah diadakan bersama Bahagian Perolehan dan Aset, Jabatan Bendahari pada hari ini. Latihan yang bermula pada 9.00 pagi ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pegawai dalam pengurusan dokumen secara digital.
Sesi latihan dikendalikan oleh Pn. Azura selaku trainer utama, dengan bantuan fasilitator Cik Syafika. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan sistem DDMS secara efektif, termasuk aspek penyimpanan, pengurusan, dan capaian dokumen dalam persekitaran kerja digital.
Latihan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif jabatan untuk memperkasakan penggunaan teknologi dalam pengurusan rekod dan dokumen rasmi. Dengan adanya latihan sebegini, diharapkan semua peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam tugas harian mereka.