Pada 4 September 2024 (Rabu), Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah mengalu-alukan kedatangan Lawatan Penandarasan dari PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah. Lawatan ini diadakan pada pukul 9.00 pagi di Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka. Objektif utama lawatan adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Arkib Cawangan Melaka, serta memberikan pendedahan mengenai kaedah penyimpanan rekod penting universiti, pengurusan fail, dan proses pelantikan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ). Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai kepentingan pengurusan rekod universiti dalam kalangan warga UiTM. Pihak Unit Arkib berharap bahawa lawatan ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang disediakan serta memperkukuhkan kesedaran mengenai tanggungjawab dan amalan terbaik dalam pengurusan rekod di kalangan warga Universiti Teknologi MARA.