ALOR GAJAH, 19 Mei 2025 - Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka mengalu-alukan kehadiran Pelajar Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Lawatan ini telah dihadiri seramai 5 orang pelajar dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai tugasan Kursus Pengurusan Rekod untuk Profesional Pejabat (OBM247). Penerangan telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan dan telah dibantu oleh staf Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka.
Objektif lawatan ini adalah seperti berikut:
- Mengetahui fungsi Unit Arkib Cawangan Melaka
- Memperkenalkan Perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka
- Mengetahui Pengurusan Rekod dan Arkib di Unit Arkib Cawangan Melaka
- Mengetahui Sistem yang digunakan di Unit Arkib Cawangan Melaka
Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pautan Gambar: Facebook
Pautan Video: Tiktok