Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Penyerahan Rekod Penting Universiti ke Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah melaksanakan tanggungjawabnya dalam perolehan rekod penting universiti selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam yang digariskan oleh Arkib Negara Malaysia. Melalui proses ini, rekod awam yang berada dalam jagaan atau kawalan pejabat awam telah dipindahkan ke jagaan dan kawalan Arkib Negara mengikut Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]. Rekod-rekod ini kini disimpan dan dipelihara dengan rapi di Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka sebagai sebahagian daripada Memori Institusi (Institutional Memory). Usaha ini bertujuan memastikan rekod-rekod bernilai tinggi universiti terus dilindungi dan dapat dijadikan rujukan penting untuk generasi akan datang. Sebarang pertanyaan berkaitan pemindahan rekod atau perkhidmatan Unit Arkib boleh diajukan kepada Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka melalui talian 06-5582081/2089/2095.

Sekiranya terdapat pertanyaan pihak warga boleh menghubungi Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka ditalian 06-5582081/2089/2095. 

Teruskan bersama PTAR UiTM Cawangan untuk informasi terkini perkhidmatan perpustakaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berjalan :

Chat With Librarian: http://shorturl.at/gGJ17

Related Articles