Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Rangkuman Sambutan Hari Arkib Peringkat UiTM Di Jabatan Arkib Universiti (JAU)

Sambutan Hari Arkib Peringkat UiTM Di Jabatan Arkib Universiti (JAU)

 

Tarikh    : 11 Hingga 14 Jun 2024

Lokasi    : Jabatan Arkib Universiti 

               Perpustakaan Tun Abdul Razak

               Universiti Teknologi MARA (UiTM) 

 

Bersempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM 2024 , Pihak Jabatan Arkib Universiti telah mengadakan beberapa program bagi tujuan meraikan sambutan tersebut.
 
Program utama bagi sambutan Hari Arkib Kali ini adalah Bicara Tokoh Alumni UiTM telah berjaya diadakan secara hybrid pada tarikh 12 Jun 2024 bertempat di Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam.
 
Tokoh yang dijemput bagi menjayakan program ini adalah YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin.
 
Turut hadir bersama adalah Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Jabatan Arkib Universiti, Encik Ahmad Amiri bin Mohamad dan pengurusan kanan perpustakaan serta staf UiTM.
 

Moderator bagi program ini adalah Dr. Hanis Diyana Kamarudin, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Maklumat, KPPIM.

 

Program seterusnya, telah berlangsung pada tarikh 13 Jun 2024 iaitu program Bicara Alumni UiTM Bersama Bersama Encik Adly Izmal Karim, Mantan Archiving Specialist di Abu Dhabi National Oil Company, United Arab Emirates.

 

Program ini telah bersiaran secara langsung melalui platform Youtube dan Facebook Rasmi Perpustakaan UiTM manakala Moderator bagi program ini adalah Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman, Pustakawan Kanan, Jabatan Arkib Universiti, PTAR, UiTM Shah Alam.

 

Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM 2024 telah melabuhkan tirainya pada 14 Jun 2024.

 

Berikutan hari terakhir sambutan tersebut, satu Sesi Lawatan Pembudayaan Ilmu telah dijadualkan berlangsung di Galeri Tun Abdul Razak (GTAR).

 

Program ini telah dihadiri oleh tetamu jemputan yang amat istimewa iaitu YBhg. Tan Sri Dato' Academician Ir (Dr) Hj Ahmad Zaidee Laidin, Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA dan YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA. 

 

Turut serta dalam memeriahkan program lawatan ini juga adalah sekumpulan pelajar dari Kor Siswa Bomba UiTM Shah Alam.

 

Disertakan Gambar sekitar sesi sambutan Hari Arkib Peringkat UiTM tersebut :  

 

 

 

12 Jun 2024

Program Bicara Tokoh : "UiTM Dari Kaca Mata Alumni" Sumbangan Dan Pencapaian ITM / UiTM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

13 Jun 2024

 Bicara Alumni UiTM Bersama Bersama Encik Adly Izmal Karim, Mantan Archiving Specialist di Abu Dhabi National Oil Company, United Arab Emirates.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 14 Jun 2024

Lawatan Pembudayaan Ilmu Di Galeri Tun Abdul Razak (GTAR)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles