Pada 11 Jun 2024, Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka telah menganjurkan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini diadakan di Unit Arkib dan Dewan Bendahara, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Sambutan ini bertujuan menyokong Perancangan Strategi Perpustakaan UiTM 2024 dengan fokus kepada agenda Globally Marketable - Turning Globally Marketable Staff.
Program ini memberi kesedaran kepada warga UiTM Cawangan Melaka tentang peranan penting Unit Arkib dalam pengurusan rekod universiti, selain menekankan kepentingan pemeliharaan rekod sebagai aset bernilai. Sambutan ini mendapat sambutan hangat daripada warga UiTM Cawangan Melaka dan berjaya mempromosikan kesedaran tentang pengurusan rekod secara sistematik dan efisien.