Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Semakan dan Sesi Konsultansi Penyediaan Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) dan Proses Pelupusan Rekod Am UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

16 Februari 2024, Jumaat – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah dijemput hadir bagi membuat semakan dokumen dan sesi konsultansi penyediaan PTBR di Pejabat Rektor, Unit Peperiksaan dan Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Selain itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah turut menjemput Unit Arkib bagi mendapat khidmat konsultansi bagi proses pelupusan rekod am yang terdiri daripada fail mesyuarat, borang C, fail MDS dan lain-lain lagi. 

Semoga melalui konsultansi seperti ini ianya dapat menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.

Related Articles