02 Februari 2024, Isnin – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dijemput hadir bagi membuat semakan dokumen dan sesi konsultansi proses pelupusan rekod am yang terdiri daripada fail mesyuarat, fail temuduga, fail cuti sakit, laporan aktiviti jabatan dan lain-lain lagi di Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Sesi ini menerangkan proses permohonan pelupusan ke Unit Arkib dan cara mengisi borang penilaian rekod.
Semoga melalui konsultansi seperti ini ianya dapat menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.
For more information :
Twitter: https://twitter.com/PTARMELAKA
Instagram: http://instagram.com/ptar_
Facebook: http://facebook.com/ptarmelaka
Telegram: https://t.me/ptarmelaka
Youtube: https://www.youtube.com/ptaruitm