Shah Alam, 24 Oktober 2024 – Bahagian Arkib Universiti UiTM telah mengadakan sesi libat urus bersama Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) UiTM, yang dihadiri oleh 20 peserta. Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kepentingan pengurusan rekod, arkib, serta galeri di UiTM.
Objektif utama libat urus ini adalah untuk memperkukuhkan komitmen dalam pengurusan rekod penting universiti, yang bukan sahaja menjadi aset berharga bagi UiTM tetapi juga membantu memelihara warisan institusi. Melalui sesi ini, peserta didedahkan kepada amalan terbaik pengurusan rekod dan pentingnya mematuhi piawaian arkib untuk memastikan rekod universiti disimpan dengan rapi dan berkesan untuk rujukan masa depan.