Pada 30 Mei 2024, Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Sesi Libat Urus: Pelupusan Rekod Homogeneous (Buku) bertempat di Kampus Alor Gajah. Sesi yang berlangsung pada pukul 9.00 pagi ini bertujuan untuk memperkenalkan fungsi dan peranan Unit Arkib Cawangan Melaka serta memberikan pemahaman kepada peserta mengenai proses permohonan pelupusan rekod sehingga pemusnahan rekod.
Melalui program ini, hubungan silaturrahim dan kerjasama antara Unit Arkib dan warga PTAR UiTM Cawangan Melaka turut diperkukuhkan. Sesi ini juga mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan rekod universiti, terutama kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka. Program ini menegaskan komitmen Unit Arkib terhadap pengurusan rekod yang sistematik dan efisien.
For more information :
Twitter: https://twitter.com/PTARMELAKA
Instagram: http://instagram.com/ptar_
Facebook: http://facebook.com/ptarmelaka
Telegram: https://t.me/ptarmelaka
Youtube: https://www.youtube.com/ptaruitm