Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Libat urus pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri bersam Fakulti Undang-Undang (FUU) UiTM Shah Alam

   

Sesi Libat urus pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri bersam Fakulti Undang-Undang (FUU) UiTM Shah Alam

Shah Alam, 2 Disember 2024 – Bahagian Arkib Universiti UiTM telah mengadakan sesi libat urus bersama Fakulti Undang-Undang (FUU) UiTM, yang dihadiri oleh 11 peserta. Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kepentingan pengurusan rekod, arkib, serta galeri di UiTM. Objektif utama libat urus ini adalah untuk memperkukuhkan komitmen dalam pengurusan rekod penting universiti, yang bukan sahaja menjadi aset berharga bagi UiTM tetapi juga membantu memelihara warisan institusi. Turut hadir Dekan FUU PM Dr Nur Ezan Rahmat, barisan pengurusan FUU dan staf yang menguruskan rekod PTj. Melalui sesi ini, peserta didedahkan kepada amalan terbaik pengurusan rekod dan pentingnya mematuhi piawaian arkib untuk memastikan rekod universiti disimpan dengan rapi dan berkesan untuk rujukan masa depan.

Related Articles