Unit Arkib Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama Pejabat Bendahari UiTMCPP pada 14 Mei 2024 (Selasa). Sesi libat urus yang dikendalikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan ini adalah untuk mendedahkan kepada warga Universiti berkenaan cara pengendalian rekod dan fail serta memberi khidmat nasihat tentang pengurusan fail dan rekod kepada staf Pejabat Bendahari UiTMCPP.