Shah Alam, 10 Januari 2025 – Satu sesi perbincangan antara Bahagian Arkib Universiti (BARU) bersama Puan Hjh. Sariani Binti Sarijo, Pengarah Pengurusan ICT, Jabatan Digital UiTM telah diadakan di Bilik Mesyuarat BARU. Perbincangan ini berfokus kepada isu berkaitan pengurusan rekod, Digital Document Management System (DDMS), dan klasifikasi fail yang penting dalam meningkatkan kecekapan pengurusan rekod di UiTM.