Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Sesi Pertemuan Bersama Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia pada 17 Oktober 2024 (Khamis) bermula pada pukul 10.30 pagi di Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Antara agenda utama sesi pertemuan ini adalah pengenalan kepada Unit Arkib Cawangan Melaka, penerangan mengenai produk KIK PR Smart Table, demonstrasi penggunaan PR Smart Table, serta lawatan sekitar Unit Arkib Cawangan Melaka. Sesi ini bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Arkib serta meningkatkan pemahaman mengenai fungsi dan peranan unit ini dalam pengurusan rekod universiti. Di samping itu, sesi ini diharap dapat menjadi platform untuk profesional dan komuniti arkib berkongsi maklumat serta mentransformasi peranan dan tanggungjawab mereka bagi menghadapi cabaran masa hadapan. Pihak Unit Arkib berharap sesi pertemuan ini dapat memberikan pendedahan yang lebih mendalam mengenai perkhidmatan dan inisiatif yang dijalankan oleh Unit Arkib Cawangan Melaka dalam menyokong pengurusan rekod yang efisien dan berkesan di UiTM.