Pada 6 Oktober 2023 (Jumaat), Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka
telah dijemput sebagai penceramah bagi Taklimat Pengurusan Fail dan Penyediaan Surat Rasmi. Program ini diadakan sempena Kursus Pemantapan Organisasi (KPO) anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident Kampus Jasin. Taklimat berlangsung pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Syahbandar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.
Taklimat ini telah disampaikan oleh panel penceramah Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Taklimat ini telah disertai oleh 60 orang pelajar Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident Kampus Jasin. Taklimat ini telah dikendalikan secara bersemuka selama 2 jam dan telah dibantu oleh staf Unit Arkib Puan Suzaimy binti Senin, Encik Jonizam bin Abu Kasim dan 5 orang pelajar latihan industri PTAR UiTM Cawangan Melaka.
Program ini bertujuan memperkenalkan perkhidmatan Unit Arkib UiTM Melaka, memberi pendedahan tentang pengurusan rekod bermula dari penawanan hingga pelupusan, serta membimbing peserta dalam penyediaan surat rasmi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia dan UiTM.
Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.