Unit Arkib Perpustakaan Sultan Badlishah telah menganjurkan taklimat pengurusan rekod dan fail kepada warga kampus. Taklimat pengurusan rekod dan fail bertujuan untuk menggalakkan pelaksanaan/amalan yang berkesan disamping menyediakan satu platform kepada kakitangan untuk mendengar dan mendapatkan khidmat nasihat mengenai pengurusan rekod dan fail. Penceramah yang dijemput terdiri daripada penceramah Jabatan Arkib Universiti atau Arkib Negara Malaysia Negeri Kedah/Perlis.