03 September 2025 (Rabu), 10.00 pagi
Bilik Mesyuarat, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Bajet
Pelaksanaan audit kali ini selaras dengan fungsi dan peranan Bahagian Arkib Universiti dalam memastikan pengurusan rekod dan arkib mematuhi prosedur serta peraturan yang ditetapkan, di samping memastikan rekod penting universiti sentiasa berada dalam keadaan yang teratur, tersedia dan terpelihara.
Kumpulan Auditor Bahagian Arkib Universiti diketuai oleh Azura Mohamad Hashim (Ketua Unit/Timbalan Ketua Pustakawan), En Herman Bin Tanbeh (Pembantu Pustakawan Tertinggi) dan Pn Nor Hafizah Binti Ismail (Pembantu Arkib Kanan)