Pengungsian Bangunan dan Latihan Kebakaran

12 September 2025 – Bahagian Arkib Universiti (BARU), UiTM Shah Alam telah melaksanakan latihan kecemasan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan insiden sebenar.

Latihan ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan warga, melatih tindak balas pantas dan teratur, serta sebagai persediaan menghadapi Audit Anugerah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MSOSH) yang dijadualkan pada 26 September 2025.

Ingat, setiap saat boleh menyelamatkan nyawa.

 

Audit Pengurusan Rekod Bahagian Pengurusan Kenderaan, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur

11 September 2025 (Khamis), 9.00 pagi
Bilik Mesyuarat, Bahagian Pengurusan Kenderaan

Pelaksanaan audit kali ini selaras dengan fungsi dan peranan Bahagian Arkib Universiti dalam memastikan pengurusan rekod dan arkib mematuhi prosedur serta peraturan yang ditetapkan, di samping memastikan rekod penting universiti sentiasa berada dalam keadaan yang teratur, tersedia dan terpelihara.

Kumpulan Auditor Bahagian Arkib Universiti diketuai oleh Azura Mohamad Hashim (Ketua Unit/Timbalan Ketua Pustakawan), En Herman Bin Tanbeh (Pembantu Pustakawan Tertinggi), Pn Nor Hafizah Binti Ismail (Pembantu Arkib Kanan) dan En Muhamad Shazwan Bin Mohamad Noor (Pembantu Arkib)

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Pengungsian Bahagian Arkib Universiti (BARU)

10 September 2023 – Bahagian Arkib Universiti, UiTM telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Pengungsian. Ini sejajar dengan penetapan Bangunan Arkib  terlah terpilih mewakili Jabatan Perpustakaan menyertai Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan anjuran MSOSH. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengarah BARU  serta AJK yang terlibat secara langsung dalam aspek keselamatan dan pengurusan risiko di Bahagian arkib.

Libat Urus Bersama Pusat Pengurusan Risiko UiTM

10 September 2025, Pusat Pengurusan Risiko UiTM
Dalam usaha memperkukuh kolaborasi strategik dan pemerkasaan tadbir urus pengurusan rekod serta arkib universiti, Bahagian Arkib Universiti telah mengadakan sesi Libat Urus bersama Pusat Pengurusan Risiko UiTM, diketuai oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad (Pengarah) dan disertai oleh Profesor Madya Ts. Dr. Norhaslinda Kamaruddin, Pengarah Pusat Pengurusan Risiko UiTM.
Perbincangan meliputi pelaksanaan pematuhan dasar pengurusan rekod, pemeliharaan rekod penting dan pemindahan rekod ke Arkib Universiti.

Libat urus ini membuka ruang kepada perkongsian pandangan, cabaran dan cadangan penambahbaikan, selaras dengan aspirasi universiti untuk mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan berasaskan data dan dokumentasi yang cekap, selamat untuk memelihara memori institusi.

 

Audit Pengurusan Rekod Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Pendaftar

09 September 2025 (Selasa), 10.00 pagi
Bilik Mesyuarat, Bahagian Pembangunan Organisasi

Pelaksanaan audit kali ini selaras dengan fungsi dan peranan Bahagian Arkib Universiti dalam memastikan pengurusan rekod dan arkib mematuhi prosedur serta peraturan yang ditetapkan, di samping memastikan rekod penting universiti sentiasa berada dalam keadaan yang teratur, tersedia dan terpelihara.

Kumpulan Auditor Bahagian Arkib Universiti diketuai oleh Encik Ahmad Amiri bin Mohamad (Pengarah), Puan Azniza binti Mohamad Nor (Penolong Pendaftar Kanan), Cik Noor Syafika binti Zulkifeli (Pegawai Eksekutif) dan Cik Nurul Nadiah binti Harun (Pembantu Pustakawan).

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my