04 September 2025 (Khamis), 10.00 pagi
Bilik Mesyuarat, UiTM Green Centre (UGC)
Pelaksanaan audit kali ini selaras dengan fungsi dan peranan Bahagian Arkib Universiti dalam memastikan pengurusan rekod dan arkib mematuhi prosedur serta peraturan yang ditetapkan, di samping memastikan rekod penting universiti sentiasa berada dalam keadaan yang teratur, tersedia dan terpelihara.
Kumpulan Auditor Bahagian Arkib Universiti diketuai oleh Azura Mohamad Hashim (Ketua Unit/Timbalan Ketua Pustakawan), En Herman Bin Tanbeh (Pembantu Pustakawan Tertinggi), Pn Nor Hafizah Binti Ismail (Pembantu Arkib Kanan) dan En Muhamad Shazwan Bin Mohamad Noor (Pembantu Arkib).