Lawatan Akademik dari Kulliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Bahagian Arkib Universiti UiTM telah menerima kunjungan akademik daripada 13 orang pelajar pasca-siswazah Jabatan Sains Perpustakaan dan Maklumat, Kulliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang diketuai oleh Dr. Nor Saadah Md. Nor pada 5 November 2025.

Lawatan yang berlangsung dari 10.00 pagi hingga 1.00 petang ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai ilmu dan amalan pengurusan arkib, teknik serta kaedah pemeliharaan bahan arkib, dan peranan strategik Bahagian Arkib Universiti UiTM dalam memelihara rekod-rekod penting institusi.

Melalui sesi perkongsian ilmu dan lawatan tapak, para pelajar berpeluang memahami dengan lebih mendalam proses pengurusan dan pendigitalan bahan arkib yang menjadi khazanah penting universiti. Bahagian Arkib Universiti UiTM berbesar hati menerima kunjungan ini sebagai usaha memperkukuh jaringan ilmu dan perkongsian amalan terbaik dalam bidang pengurusan maklumat dan arkib universiti.

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my