10 September 2025, Pusat Pengurusan Risiko UiTM
Dalam usaha memperkukuh kolaborasi strategik dan pemerkasaan tadbir urus pengurusan rekod serta arkib universiti, Bahagian Arkib Universiti telah mengadakan sesi Libat Urus bersama Pusat Pengurusan Risiko UiTM, diketuai oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad (Pengarah) dan disertai oleh Profesor Madya Ts. Dr. Norhaslinda Kamaruddin, Pengarah Pusat Pengurusan Risiko UiTM.
Perbincangan meliputi pelaksanaan pematuhan dasar pengurusan rekod, pemeliharaan rekod penting dan pemindahan rekod ke Arkib Universiti.
Libat urus ini membuka ruang kepada perkongsian pandangan, cabaran dan cadangan penambahbaikan, selaras dengan aspirasi universiti untuk mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan berasaskan data dan dokumentasi yang cekap, selamat untuk memelihara memori institusi.