Sesi Latihan DDMS 2.0 Bersama Unit Kenderaan

Pada 11 November 2025 (Selasa), telah diadakan Sesi Latihan Data and Document Management System (DDMS) 2.0 bersama Unit Kenderaan bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Latihan ini dikendalikan oleh Cik Noor Syafika selaku trainer, dengan dibantu oleh Pn. Norhafizah sebagai fasilitator. Objektif utama sesi ini adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada warga Unit Kenderaan mengenai penggunaan sistem DDMS 2.0 bagi tujuan pengurusan rekod dan dokumen rasmi dengan lebih teratur dan berkesan.

Sepanjang sesi latihan, para peserta telah diterangkan mengenai fungsi utama DDMS 2.0, termasuk cara memuat naik, mengurus, dan menyimpan dokumen secara dalam talian mengikut klasifikasi rekod jabatan. Peserta juga diberi tunjuk ajar secara praktikal bagi memastikan kefahaman yang lebih jelas tentang penggunaan sistem ini dalam urusan harian.

 

 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my