Bahagian Arkib Universiti kali ini telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama warga Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Perak dalam usaha memperkukuh tadbir urus serta pemeliharaan khazanah universiti. Sesi ini turut disertai oleh Encik Hairul Nizam bin Othman, Timbalan Pendaftar, bersama barisan pengurusan ILD Perak.
Suasana kampus latihan yang penuh nostalgia ini membuka ruang kepada perbincangan mengenai hala tuju, pengukuhan jaringan, serta penelusuran semangat asal UiTM dalam mendukung warisan dan identiti institusi — khususnya sebagai antara Pusat Tanggungjawab (PTj) terawal sejak zaman Institut Teknologi MARA (ITM).
Sesi libat urus ini diketuai oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad, Pengarah Bahagian Arkib Universiti (BARU), yang turut menyampaikan penerangan berkaitan sistem DDMS 2.0, Klasifikasi Fail, serta penyerahan rekod penting universiti.





