Bahagian Arkib Universiti (BARU), UiTM telah menganjurkan Siri 1 Program Pemantapan Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri UiTM secara dalam talian melalui platform Google Meet pada 25 Ogos 2025 (Isnin) jam 8.30 malam.
Program ini menampilkan dua orang penceramah dari Bahagian Arkib Universiti iaitu Encik Herman Tanbeh, Ketua Seksyen Konsultasi Rekod, Unit Pengurusan Rekod yang telah menyampaikan ceramah bertajuk Tatacara Edaran Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017) dan Puan Siti Salwa A. Rahman, Ketua Seksyen Perkhidmatan Arkib Digital, Unit Pengurusan Arkib dengan tajuk Repositori Memori UiTM.
Secara keseluruhannya, penganjuran Siri 1 Pemantapan Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri UiTM ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan memastikan keseragaman dalam pelaksanaan operasi BARU dan UAC, serta meningkatkan kompetensi kakitangan yang bertugas di kedua-dua unit tersebut. Program ini juga menjadi platform penting dalam memperkasakan Subject Matter Expert (SME) Digital Archivist dengan memberi peluang kepada kakitangan sokongan dan profesional untuk berkongsi ilmu serta pengalaman. Selain itu, siri ini turut berperanan sebagai wadah untuk bertukar pandangan dan kepakaran dalam kalangan warga BARU dan UAC ke arah memperkukuh pengurusan rekod dan arkib universiti.



