Siri 2 Pemantapan Pengurusan Rekod, Arkib Dan Galeri UiTM

Bahagian Arkib Universiti (BARU), UiTM telah meneruskan penganjuran Siri 2 Program Pemantapan Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri UiTM yang diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet pada 17 Oktober 2025 (Jumaat) jam 10.00 pagi.

Sesi kali ini menampilkan penceramah jemputan, Puan Siti Fazlina Mohamed Raffi, Ketua Unit Pengurusan Arkib, UiTM Cawangan Selangor, yang telah membentangkan tajuk ceramah bertajuk Memperkasa Pengurusan Rekod dan Fail di UiTM Cawangan Selangor.

Secara keseluruhannya, penganjuran Siri 1 Pemantapan Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri UiTM ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan memastikan keseragaman dalam pelaksanaan operasi BARU dan UAC, serta meningkatkan kompetensi kakitangan yang bertugas di kedua-dua unit tersebut. Program ini juga menjadi platform penting dalam memperkasakan Subject Matter Expert (SME) Digital Archivist dengan memberi peluang kepada kakitangan sokongan dan profesional untuk berkongsi ilmu serta pengalaman. Selain itu, siri ini turut berperanan sebagai wadah untuk bertukar pandangan dan kepakaran dalam kalangan warga BARU dan UAC ke arah memperkukuh pengurusan rekod dan arkib universiti.

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my