Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

21 - 22 Februari 2023 : Kursus Pegawai Dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan

KURSUS PEGAWAI DAN PEMBANTU TADBIR REKOD JABATAN

 

Tarikh   : 21 - 22 Februari 2023

Masa    : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Dewan Sarana 3 & 4 ,

               Institut Kempimpinan Dan Pembangunan (ILD) Bandar Enstek,

               Nilai,Negeri Sembilan.

 

Satu Kursus Pengurusan Rekod Bagi Pegawai dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan Telah Dianjurkan Oleh Pihak ILD UiTM. Bandar Enstek , Negeri Sembilan Pada 20 Dan 21 Februari 2023 Yang Lalu.
 
Fokus Utama Kursus Ini Adalah Bertujuan Bagi Memberi Pendedahan Perihal Pengurusan Rekod Kepada Peserta Kursus Yang Telah Dilantik Menjadi Pegawai Dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan Di Setiap PTJ UiTM.
 
Majlis Pembukaan Kursus Ini Telah Dirasmikan Oleh Encik Ahmad Amiri Bin Mohamad , Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Merangkap Ketua Jabatan JAU. Panel Penceramah Jemputan Terdiri Daripada Dua Orang Pegawai Dari Arkib Negara Malaysia (ANM) Dan Dua Orang Pegawai Dari JAU, Manakala Seramai 34 Orang Peserta Telah Hadir Dan Tamat Menjalani Kursus Selama Dua Hari Tersebut.
 
Berikut, Disertakan Maklumat Ringkas Berkenaan Kursus Tersebut :-
 

Tajuk Utama Sepanjang 5 Sesi Pelaksanaan Kursus

Sesi Pertama  - Pengenalan Kepada Pengurusan Rekod Kerajaan
Sesi Kedua      - Keperluan Penyediaan Bilik Registry Dan Bilik Rekod
sesi Ketiga      - Pengwujudan ,Penawanan Dan Penutupan Fail
Sesi Keempat - Penggunaan Dan Penyelenggaraan Rekod 
Sesi Kelima     - Pengurusan Dan Perkhidmatan Arkib
 
Penceramah :
 
ARKIB NEGARA MALAYSIA (ANM)
 
1) Puan Qahera Binti Alian
    Pegawai Arkib Kanan
    Seksyen Konsultasi Dan Latihan
 
2) Encik Mohamad Asyek Bin Che Yaacob
     Pegawai Arkib
     Seksyen Konsultasi Dan Latihan
 
JABATAN ARKIB UNIVERSITI (JAU)
 
1) Encik Nor Hazlan Bin Nordin
    Timbalan Ketua Pustakawan
    Ketua Bahagian Pengurusan Arkib
 
2) Puan Azniza Binti Mohamad Nor
    Pegawai Arkib kanan
    Ketua Bahagian Pengurusan Rekod
 
 
Disertakan Gambar Sekitar Pelaksanaan Kursus Tersebut
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Related Articles